Popular Posts

Tuesday, 26 February 2013

27/2/13

Assalamualaikum w.b.t....aku pun xpasti blog aku nie ader yg sudi baca ataw pun tidak...tapi xperlah,aku menulis nie sbb nak share sgala suka duka khidupan seorg aku...tp xsemua yg aku boleh share...
Baru baru nie aku balik vacation..xtahu kenapa vacation kali ini aku rasa best sgt, xpuas rasanya...biasalah rutin kami makan dan makan dan makan..pastu kami jalan2... Yg bestnya IBU teringin sgt i nak gi IKEA.so aku sbg anaknya yg sulung rasa btanggungjawab tuk mbawa ibu kesana...yelah apalah sgt permintaan seorg ibu, IKEA je pun kan...
Bila smpai sana, wow...nmpak muka ibu yg hepi, sebak lak aku...yelah aku pham hati ibu,bila kiter dpt apa yg kiter nak mmg lah hepi..Thanks Ya Allah...Alhamdulillah, syukur atas limpah kurniaMu..atas sgala rezekiMu...
Lepas tuh aku ajak ibu and adik2 aku, try makan Meat Balls Ikea..terbaik ooooo....mmg best, dan ibu ckp sedap sgt...kan ibu...
Aku tgk adik2 aku pun enjoy makan beb...Alhamdulillah...
Oklah...nnti kiter smbung lagi...
Assalamualaikum shabat2..
Assalamualaikum...lama betul aku tinggl kat blog aku yg xseberapa nie...sbb pertama xingat password, sbb kedua sbb aku tgk blog aku xmenarik...so mesti xder yg nak baca blog aku nie..
                      

           apapun harini dalam sejarah, tetiba aku rasa mcm nak berblog plak...tapi xtau nak tulis apa lagi sbb no idea....mngkin aku akan share lagu dulu sbg permulaan k....

Saturday, 26 November 2011

KELEBIHAN 10 MUHARRAM

      Kali ini aku nak share kelebihan 10 Muharram....


Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :
  • ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
  • ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
  • Diciptakan lautan pada 10 Muharram
  • Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
  • Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
  • Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
  • Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
  • Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
  • Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
  • Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
  • Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
  • Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
  • Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
  • Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
  • Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
  • Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
  • Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
  • Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram

Friday, 25 November 2011

Pengalaman Bekerja

       Selepas graduate dari Puteri Nursing College, aku langsung berkidmat utk Ampang puteri Specialist 


Hospital, aku telah ditempatkan di ward Antenatal dan Post Natal.Aku berada di bawah penyeliaan Sister


 Amarjeet Kaur, yg pada pandangan aku beliau sgt dan terlalu baik.Hubungan beliau dengan staff bawahan 


sgt akrab dan sehinggakan aku merasakan spt aku ini adalah anaknya.Setiap pagi sekiranya aku bekerja shift 


pagi, beliau akan datang mnyapaku dan mengambil kertas report ku dan membawa aku bersamanya melihat


pesakit, berdasarkan diagnosis pesakit aku akan menerangkan apa tindakan susulan utk pesakit pada hari itu,


 sekiranya aku kurang tahu beliau akan memberikan penerangan kepadaku ttg sesuatu prosedur dan aku akan


 belajar melaluinya.Terima Kasih yg tidak terhingga kepada beliau.
       

                Tidak lupa aku ingin ucapkan kepada staff nurse dan care assistant di ward maternity APSH


 2003,terutama kak Norma, kak azza, kak suhaila, kak zabedah ,kak aziah dan kak rozanan.Kalian sgt baik


 dan melayan aku sperti ahli keluarga  sendiri.Pengalaman bkerja bersama kalian xdapat aku lupakan.Kpd


 consultant O&G terutama Dr Ashar, Datuk Dr Jemilah, Dr Fauziah, Dr Bee...kalian turun mmberikan byk


 tunjuk ajar kpdku spjg aku brkhidmat sbg SN di APSH ward Maternity, walaupon hnya selama 9bulan aku


berkhidmat disana tetapi aku sgt gembira.Pngalaman dimarahi Datuk Dr Jemilah shngga aku dibaling dgn


 patient's folder xkan aku lupakan!Pengalaman aku dimalukan oleh Dr Bee kerana beliau tidak mahu


 JUNIOR STAFF NURSE follow dia wat round juga satu pngalaman hebat wat aku, shingga Sr Amarjeet


 Kaur berkata "mcmana JUNIOR STAFF NURSE nak pndai kalau semua Dr nak SENIOR STAFF


 NURSE yg follow?"..thanks a MILLION to Sr Amarjeet.walaupon sekejap bersama Sr, tapi for me u re the


 BEST sister i ever meet!

1 Muharram 1433

Azam ditahun baru....?tercapaikah?atau masih terkapai-kapai?Apa persediaan kiter sbg hambaNya?Oklah aku nak share apa itu MUHARRAM?


                MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. 
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.



               Aku nak share sesuatu yg pernah abg angkat aku SHARE kat wall FB dia, kiter leh baca doa akhir tahun.Dibaca sebyak 3x selepas pada akhir waktu Asar atau sebelum waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah,manakala doa awal tahun dibaca 3xselepas Maghrib pada malam 1 Muharram,...

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: 
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun." 

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...



selain dari itu ada beberapa perkara2 sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Apapun Salam Maal Hijrah 1433, semoga tahun ini lebih baik dari tahun yg sebelumnya...Amin,Assalamualaikum,
Hakikatnya aku ni mmg xberapa pndai nak memasak tapi aku ader inisiatif nak belajar memasak, aku sgt yakin dengan memasak aku boleh mngikat suami!aku dah xnak lagi pisang berbuah 2-3 x, kalau pisang emas sedap jugak...hehehehe....untuk hari ini, aku belajar memasak melalui YouTube.senang and simple.sbbnya aku akui yg aku nie jenis xkenal bahan2..kalau mak aku suh beli ikan termenung aku pi beli ikan sardin...hahahaha..kan parah tuh....la nie ku rasa xlah terlambat utk aku belajar semua itu ...sementelah tengah dok mencari ag ni, lebih baik aku blajar..tapi, ini bukan bermakna aku xpernah memasak...cmanya xsesedp mana...aku xnaklah bila dah kawen nnti suami aku COMPARE ngan makcik kiah kat simpanglah, kat jalan kilanglah,atau mana2 makciklah...aku nak dia kta "syg, u mmg pndai memasak, sbb tulah i syg u!"...jeng2..belom apa2 aku dah berngan lebih...
                    Pada bekas kekasih aku,(harap2 dia tahu sapa) aku pernah masakkan ko ayam masak cili api kan?aku tahu xberapa sedap, tapi sbb nak bmulut manis, ko kata sedap gakkan..xpelah aku terima.lepas ni aku nak IMPROVE my skills memasak....InsyaAllah...dengan izin Allah....Assalamualaikum....