Popular Posts

Saturday, 26 November 2011

KELEBIHAN 10 MUHARRAM

      Kali ini aku nak share kelebihan 10 Muharram....


Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :
  • ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
  • ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
  • Diciptakan lautan pada 10 Muharram
  • Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
  • Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
  • Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
  • Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
  • Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
  • Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
  • Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
  • Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
  • Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
  • Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
  • Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
  • Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
  • Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
  • Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
  • Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram

Friday, 25 November 2011

Pengalaman Bekerja

       Selepas graduate dari Puteri Nursing College, aku langsung berkidmat utk Ampang puteri Specialist 


Hospital, aku telah ditempatkan di ward Antenatal dan Post Natal.Aku berada di bawah penyeliaan Sister


 Amarjeet Kaur, yg pada pandangan aku beliau sgt dan terlalu baik.Hubungan beliau dengan staff bawahan 


sgt akrab dan sehinggakan aku merasakan spt aku ini adalah anaknya.Setiap pagi sekiranya aku bekerja shift 


pagi, beliau akan datang mnyapaku dan mengambil kertas report ku dan membawa aku bersamanya melihat


pesakit, berdasarkan diagnosis pesakit aku akan menerangkan apa tindakan susulan utk pesakit pada hari itu,


 sekiranya aku kurang tahu beliau akan memberikan penerangan kepadaku ttg sesuatu prosedur dan aku akan


 belajar melaluinya.Terima Kasih yg tidak terhingga kepada beliau.
       

                Tidak lupa aku ingin ucapkan kepada staff nurse dan care assistant di ward maternity APSH


 2003,terutama kak Norma, kak azza, kak suhaila, kak zabedah ,kak aziah dan kak rozanan.Kalian sgt baik


 dan melayan aku sperti ahli keluarga  sendiri.Pengalaman bkerja bersama kalian xdapat aku lupakan.Kpd


 consultant O&G terutama Dr Ashar, Datuk Dr Jemilah, Dr Fauziah, Dr Bee...kalian turun mmberikan byk


 tunjuk ajar kpdku spjg aku brkhidmat sbg SN di APSH ward Maternity, walaupon hnya selama 9bulan aku


berkhidmat disana tetapi aku sgt gembira.Pngalaman dimarahi Datuk Dr Jemilah shngga aku dibaling dgn


 patient's folder xkan aku lupakan!Pengalaman aku dimalukan oleh Dr Bee kerana beliau tidak mahu


 JUNIOR STAFF NURSE follow dia wat round juga satu pngalaman hebat wat aku, shingga Sr Amarjeet


 Kaur berkata "mcmana JUNIOR STAFF NURSE nak pndai kalau semua Dr nak SENIOR STAFF


 NURSE yg follow?"..thanks a MILLION to Sr Amarjeet.walaupon sekejap bersama Sr, tapi for me u re the


 BEST sister i ever meet!

1 Muharram 1433

Azam ditahun baru....?tercapaikah?atau masih terkapai-kapai?Apa persediaan kiter sbg hambaNya?Oklah aku nak share apa itu MUHARRAM?


                MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. 
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.



               Aku nak share sesuatu yg pernah abg angkat aku SHARE kat wall FB dia, kiter leh baca doa akhir tahun.Dibaca sebyak 3x selepas pada akhir waktu Asar atau sebelum waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah,manakala doa awal tahun dibaca 3xselepas Maghrib pada malam 1 Muharram,...

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: 
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun." 

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...



selain dari itu ada beberapa perkara2 sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Apapun Salam Maal Hijrah 1433, semoga tahun ini lebih baik dari tahun yg sebelumnya...Amin,Assalamualaikum,
Hakikatnya aku ni mmg xberapa pndai nak memasak tapi aku ader inisiatif nak belajar memasak, aku sgt yakin dengan memasak aku boleh mngikat suami!aku dah xnak lagi pisang berbuah 2-3 x, kalau pisang emas sedap jugak...hehehehe....untuk hari ini, aku belajar memasak melalui YouTube.senang and simple.sbbnya aku akui yg aku nie jenis xkenal bahan2..kalau mak aku suh beli ikan termenung aku pi beli ikan sardin...hahahaha..kan parah tuh....la nie ku rasa xlah terlambat utk aku belajar semua itu ...sementelah tengah dok mencari ag ni, lebih baik aku blajar..tapi, ini bukan bermakna aku xpernah memasak...cmanya xsesedp mana...aku xnaklah bila dah kawen nnti suami aku COMPARE ngan makcik kiah kat simpanglah, kat jalan kilanglah,atau mana2 makciklah...aku nak dia kta "syg, u mmg pndai memasak, sbb tulah i syg u!"...jeng2..belom apa2 aku dah berngan lebih...
                    Pada bekas kekasih aku,(harap2 dia tahu sapa) aku pernah masakkan ko ayam masak cili api kan?aku tahu xberapa sedap, tapi sbb nak bmulut manis, ko kata sedap gakkan..xpelah aku terima.lepas ni aku nak IMPROVE my skills memasak....InsyaAllah...dengan izin Allah....Assalamualaikum....

Dinar Iraq?

korang tahu x apa2 sal Dinar Iraq?apa itu Dinar Iraq?sebenanya aku pon xberapa tahu sal dinar Iraq ni...tapi melalui pembacaan aku di blog Deanihati dan Pelaburan Dengan Dinar Iraq tuh, apa yg aku tahu Dinar Iraq adalah satu perlaburan matawang yg Sah disisi undang dan syara'.Dijangka keuntungan yg bakal dperolehi adalah hampir 500 peratus.Ini adalah sama dengan perlaburan matawang Dinar Kuwait & Afganistan.Sekiranya kiter bersabar dan yakin so bolehlah mbeli matawang dinar ini, kerana masih murah kalau beli skunk.Kiter beli, simpan dan jual setelah diapungkan ataupon re-value.
Apa yg aku tahulah kan,wat masa nie masih murah harganya, xsalah aku tuk mbeli 100K wang dinar Iraq = RM 600-700 jer...dan pulangan nya hampir 500 peratus, kiralah sendri k..sebenarnya aku sendiri belum pon beli matawang Dinar Iraq ni, sebab masih tercari2 kesahihan ttg matawang dinar Iraq ni..apapon SHARING IS CARING...kalau korang nak taw lebih lanjut korang leh inbox kat FB aku k...hehehehehe.......ASSALAMUALAIKUM

Thursday, 24 November 2011

memulakan kehidupan BUJANG....ngeeeeee

Sebagai org BUJANG (boleh guna pakai ker ni), aku memulakan kehidupanku sperti biasa, bekerja dan bkerja..tinggal ngan IBU adalah satu kelebihanku.Aku ditatang bagai minyak yg penuh.memasak tidak, mengemas umah pon tidak (terukkan aku?)...tpi aku mberikan sumbangan dari segi lainlah.Antara aku dan adik aku si Siti Nadia tuh mmg jauh berbeza,dhlah xsekepla asik btegang urat jer,tapi kami tetap rapat.Nadia memang pandai memasak.mewarisi kehebatan memasak dari arwah Ayah aku dan ibu.
Aku pulak hurmmm kalau nak memasak yg simple2 pon mesti kena ader chef kat sebelah (IBU akulah)...terus terang aku ckp masih terkial2 ag.adoi memanglah memalukan.Aku masih ingat ag waktu aku di awal perkahwinan tuh, tetiba balik kg nak beraya mak mentua aku suh masak rendang TOK.alasannya sbb aku org perak, mesti pandai wat rendang TOK...terketaq2 kpala kutut aku nie,,,aku dok diam jer kat dapoq tuh, mmg mati kutu!Aku rasa mcm nak teriaq!last2nya aku tarik tangan laki aku, aku habaq kat dia.."mama mana pandai masak"..dgn wajah sugul, laki aku pon senyum,lastnya dia yg sediakan bahan, dia yg potong ayam, dia yg memasak...adoyai, x laki aku tuh mmg handal memasak.aku pon wat xkisah je...skali smnggu balik kedah, x laki aku akan ajak aku satu resepi..kalau xsedap mcm yg dia nak, semua akan jadi makanan TONG SAMPAH!kelakonya..kekdg ader gak aku terguris hati!tapi tulah dgn x laki aku. mmg aku byk belajar memasak...Thanks ...oklah aku nak share ngan korang resepi wat kuih karipap hokey!

Permulaan Perkahwinan

Aku menikah di usia yg sgt muda, samada scara kebetulan atau kesilapanku.Apa yg pasti jodoh ditngan Tuhan.Menyesal?xkot sbb pada aku, dia lelaki yg baik cuma kerana silap percaturan dia tersilap langkah.Aku juga sebagai isteri ada silapnya.cuma xperlulah aku kongsikan disni.YG penting aku pernah myayangi, mnyintai dan mnghambakan diriku sbg isteri buatnya sbg sang suami
                  Aku nak berterima kasih kepada maduku, kerana mngajar aku erti kasih dan syg.Mengajar aku erti sebuah pengorbanan.Wat anak2 tiriku... terima kasih kerana sudi mnumpangkan kasih syg walau sementara.sedih sebenarnya bila difikirkan, tp semua itu adalah pngalaman yg mendewasakan aku..terima kasih Ya Allah.....Assalamualaikum

Clips Video with karaoke Syurgamu Ramadan

peluang AWAK...

Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak 
terfikir
langsung....

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia 
ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia 
ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah 
kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa 
kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak 
menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda 
sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak 
akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi 
anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat 
besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, 
fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan 
mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai 
peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda 
ingini, mungkin anda tidak akan 
memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya 
pada diri sendiri lambat-laun anda akan 
memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. 
Lupakan segala makihamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; 
anda akan merasa senang bila seseorang 
mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, 
ambillah masa untuk memberitahunya yang dia 
adalah yang terbaik.

*******************************************
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat 
baik,
sejam untuk menghargainya, 
sehari untuk menyayanginya, 
tapi sepanjang hidup untuk melupakannya,
jangan buat keputusan tergesa-gesa,
kejarlah ia selagi ada peluang di hadapan mata...

WANITA : AKAL SENIPIS RAMBUTNYA


Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman…
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb…
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah…sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya…
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan…
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus…
Bahkan akan semakin membengkok…
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…
Bila wanita menjadi derhaka…pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara….
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata…
Tapi binalah kepimpinan…
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya…
Jinakkan diri kepada allah…
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu…
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

 SEKIAN ASSALAMUALAIKUM

Pasal hati, syg, cinta mmg xleh dipaksa.Tp aku terlalu takut nak meluahkan perasaan aku.sbb dah terlalu byk kali aku gagal.Mungkin ini adalah kesilapanku.terlalu mudah jatuh cinta.kalau dah jatuh cinta mudah pulak rasa jemu.nak2 plak kalau org tuh dah pernah mmbuatkan aku jauh hati.susahkan nak paham ngan org seperti aku ni.kata omputih unpredictable!
Once aku syg seseorg, mmg aku will syg dia betoi2 but, skali dia wat aku hlg kepercayaan...that's it!agaknya kerana pengalaman lalu mmbuatkan aku mjadi manusia yg kejam?org kat luar sana mmg mudah jer ckp maafkanlah,lupakanlah but yg terkena itu adalah aku, bukan diorg...bak kata pepatah " Berat mata memandang, Berat aglah bahu aku yg memikul"...tambahan pulak aku ni dah terlalu bnyk kali terkena, ditinggalkan...susahnya aku nie kan?hnya org terdekat yg kenal aku jer yg tahu aku mcmana.sesekali aku rasa mcm nak lari jauh...(tapi aku mmg dah jauh pon).kalau aku lari dari masalah dah mcm coward plak.abis tuh cmno?Aku yakin setiap dugaan yg aku lalui ini adalah tuk mnguji aku.Allah Maha Penyayang, aku sgt yakin satu hari nnti Allah akan berikan aku jodoh yg terbaik wat aku..InsyaAllah...Amin...Assalamualaikum.

Insan-insan yang aku sayangi

Dalam hidup ini, semua org berkasih sayang.Hatta binatang pon berkasih syg..betulkan?Aku..aku amat menyayangi familiku.Aku mempunyai seorg ibu yg sgt penyayang,manja (mcm aku),aku ader 4org adik,2 lelaki dan 2 org prempuan,kesemuanya aku syg..kalau gaduh2 Manja tuh biasalah kan?Air yg dicincang xkan putus...kalau korang baca POST aku ni..mesti korang kata semua org sygkan ibu..semua org sygkan adik beradik...tp pada aku salah tuh..dalam dunia nie, manusia bermcm2 perangai.ader yg luaran nampak sgt baik, alim tapi dalam hati dia Nauzubillah...iblis pon xjahat mcm dia.ader juga org yg nmpak jahat mcm setan tapi dlam hati dia..MasyaAllah....baiknya!susah kan nak paham org, sbb tu aku suka psychology!
            Dalam hdup ini kiter mesti saling berkasih syg, ingatlah Allah itu Maha Penyayang...Dia suka hambaNya berkasih syg..tpi berkasih syg sesama manusia ni ader hadnya..jgn main hentam keromo jer!nnti lepas baca blog aku ni,,,korang kata si Put3 Amani kata kiter mesti berkasih syg!yer mmg....berkasih syg tuh adalah perkara yg dituntut tapi aderlah hadnya kan..sbb tu manusia dianugerahkan dengan akal dan fikiran.so dah Allah berikan akal dan fikiran tuh, kiter berfikirlah secara waras dan bersederhanalah....Allah sukakn kesederhanaan atau wasathiah...oklah.,ckp dulu tuk post aku yg kedua ni.Aku sudahi dgn Assalamualaikum....