Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak
terfikir
langsung....
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia
ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia
ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah
kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa
kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak
menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda
sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak
akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi
anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat
besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan,
fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan
mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai
peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda
ingini, mungkin anda tidak akan
memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya
pada diri sendiri lambat-laun anda akan
memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima.
Lupakan segala makihamun, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda;
anda akan merasa senang bila seseorang
mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik,
ambillah masa untuk memberitahunya yang dia
adalah yang terbaik.
*******************************************
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat
baik,
sejam untuk menghargainya,
sehari untuk menyayanginya,
tapi sepanjang hidup untuk melupakannya,
jangan buat keputusan tergesa-gesa,
kejarlah ia selagi ada peluang di hadapan mata...
No comments:
Post a Comment